SEJARAH PENUBUHAN DAN SENIBINA MASJID
AL-AKRAM KAMPUNG BALUN BIDAI
Masjid yang terletak di Kampung Balun Bidai
merupakan sebuah masjid lama yang tidak diketahui bilakah pembinaannya mula
dijalankan. Keistimewaannya ialah asas pembinaan masjid ini diilhamkan oleh
orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan
ini tidak mempunyai masjid kerana dipercayai belum lagi mempunyai penghuni. Dalam
ertikata yang lain orang Banjar ini juga merupakan golongan yang
bertanggungjawab membuka perkampungan di sini. Oleh kerana itu, ketiadaan
masjid telah menyukarkan mereka untuk beribadat. Kesemua masyarakat Banjar ini beragama
Islam. Akhirnya, kesepakatan dicapai oleh mereka yang membuka perkampungan di
sini untuk mendirikan masjid. Disebabkan kesemua mereka adalah daripada
golongan orang Banjar, maka masjid ini mula dibina berasaskan ciri-ciri
masyarakat Banjar itu sendiri. Malah, mereka turut menerapkan unsur senibina masjid
yang dibawa daripada tempat asal mereka iaitu Banjarmasin, Indonesia.
Ketika memasuki masjid ini, kita dapat
melihat sebuah monumen lama yang bersejarah dan amat bernilai pada masyarakat
Banjar di sini. Pada masa ini, dinding masjid
ini telah dicat dengan warna kuning dan mempunyai lima buah pintu masuk. Ia kelihatan seperti sebuah rumah kayu sahaja. Selain
itu, terdapat empat tiang utama yang berdiri megah di tengah-tengah masjid.
Melalui kajian yang dijalankan, didapati tiang utama masjid ini diperbuat daripada
kayu ulin. Ini ditambah pula dengan empat lagi tiang sokongan yang lebih kecil dari
tiang-tiang utama. Keunikan masjid ini juga ketara berbeza dengan masjid lain
kerana mempunyai 35 anak tangga yang dibina di dalam masjid ini. Menurut imam
masjid ini, Ustaz Amat b.Hamzah
tangga yang dibina itu menyambung hingga ke bahagian bumbung masjid. Ia
bertujuan bagi membaiki serta menyalin bumbung yang rosak atau bocor. Sebelum
ini, bumbung masjid ini diperbuat daripada sejenis kayu yang dibawa daripada
tempat asal masyarakat Banjar. Kini, bumbungnya sudah diganti dengan atap
genting yang lebih tahan lama. Selain itu, tangga ini turut digunakan untuk
melihat pemandangan di sekeliling atau membersihkan bumbung yang mempunyai reka bentuknya adalah
bertingkat tiga.[1] Masjid ini masih lagi digunakan oleh
orang-orang Banjar sehingga kini dengan fungsi utamanya ialah sebagai tempat
untuk beribadat. Kesemua penduduk di kampung ini terdiri dari orang Banjar
sahaja yang mana nenek moyang mereka dipercayai berasal dari Banjarmasin, Indonesia.
Inilah keistimewaan dan keunikan yang ada pada masjid ini yang berbeza dengan
masjid lain.
Sebenarnya,
tidaklah dapat dipastikan bilakah tarikh paling awal orang Banjar dari
Kalimantan Selatan bermigrasi ke Tanah Melayu. Namun begitu, pada tahun 1780
dan 1862 telah berlaku migrasi orang Banjar secara besar-besaran ke pulau
Sumatera. Penghijrahan orang-orang Banjar ini disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya, orang Banjar yang menjadi imigran pada tahun 1780 merupakan para penyokong
Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara dengan raja Pangeran Tahmidullah.
Mereka mesti melarikan diri dari wilayah kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik,
mereka sudah dijatuhkan hukuman mati. Manakala, yang menjadi migran pada tahun
1862 pula ialah para pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar.
Mereka juga mesti melarikan diri dari pusat pemerintahan Banjar di Kota
Martapura. Pasukan Residen Belanda sudah berjaya menguasai kota-kota besar di
wilayah kerajaan Banjar. Pangeran Antasari sendiri sudah memindahkan pusat pemerintahannya
ke daerah Muara Teweh, di rasminya telah
mengumumkan bahawa pemerintahan Kesultanan Banjar dihapuskan pada tahun 1860
dengan Pengeran Tamjidillah sebagai sultan terakhir. Namun, di kalangan Kalimantan
Tengah. Belanda pada ketika itu masih menjajah Indonesia dan secara orang
Banjar banyak yang menganggap bahawa Muhammad Seman adalah sultan terakhir
mereka.[2]
Dalam
hal ini, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa sebahagian orang Banjar yang
bermigrasi ke pulau Sumatera itu kemudian telah bermigrasi pula ke Tanah Melayu
pada abad ke-19 lagi. Di antara tempat terawal penghijrahan orang Banjar ke
negeri Perak ialah di daerah Kerian dan juga di Sungai Manik. Oleh itu,
sebahagian dari orang Banjar ini telah membuka penempatan di Kampung Balun
Bidai yang hanya terletak 25 kilometer dari Sungai Manik.
Di
antara ciri-ciri awal yang dapat diperhatikan dalam masyarakat ini pada masa
itu ialah fahaman kesukuan yang kuat, teguh pegangan agama, cara hidup
sederhana, berani dan panas baran. Masyarakat di kampung ini masih lagi
mewarisi sifat-sifat yang ada pada nenek moyang mereka dan kebanyakannya masih
fasih bercakap dalam loghat Banjar.
Oleh itu, penghijrahan orang Banjar ke Tanah
Melayu terutama ke negeri Perak mempunyai perkaitan dengan pembinaan Masjid Al-Akram
di Kampung Balun Bidai ini yang ternyata bercirikan senibina orang Banjar.
Jadi, masjid ini bukan sahaja penting kepada orang-orang Banjar sebagai simbol
pertapakan mereka di Tanah Melayu sejak abad ke 19 terutama di negeri Perak malah
ia amat bernilai dari segi sejarah masjid itu sendiri.
Lokasi masjid ini terletak dalam kawasan
pekan Kampong Gajah iaitu dalam Daerah Perak Tengah, salah satu daerah dalam
negeri Perak. Bandar yang paling hampir dengan masjid dan perkampungan ini ialah
Kampong Gajah iaitu jaraknya kira-kira 10 kilometer. Selain itu, masjid Al-Akram
di Kampung Balun Bidai ini berada kira-kira 25 kilometer dari Sungai Manik.
Sungai Manik merupakan antara penempatan awal orang Banjar di negeri Perak
selain daerah Kerian.
1.2 Tajuk dan Skop Kajian
Tajuk
sejarah kajian tempatan yang saya pilih sebagai penyelidikan ialah kajian
tentang sejarah monumen lama. Oleh itu, pemilihan saya ialah berkenaan dengan
konsep senibina masjid dan sejarah penubuhan serta pembinaan masjid yang sekarang
ini dikenali dengan nama Masjid Al-Akram. Masjid ini terletak di Kampung Balun
Bidai iaitu dalam daerah Pekan Kampong Gajah, Perak. Dalam skop kajian saya ,
ia meliputi aspek kajian tentang senibina Masjid Al-Akram serta keistimewaan
lain yang terdapat di masjid ini. Daripada tinjauan awal dan pemerhatian terhadap
masjid ini, saya mendapati bahawa aspek senibinanya adalah menjurus kepada
senibina tradisional kaum banjar yang berasal dari Banjarmasin, Indonesia.
Tambahan pula, masyarakat di Kampung Balun Bidai ini begitu unik iaitu semua
penduduknya adalah orang Banjar.
1.3 Justifikasi Pemilihan Tajuk
Tajuk
ini dipilih berdasarkan kepada tiga kriteria yang utama. Pertama, melalui
kajian awal yang dijalankan, saya mendapati bahawa masjid ini merupakan antara masjid
yang tertua di dalam daerah Kampong Gajah. Oleh itu, sebagai seorang pelajar
sejarah, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengkaji sebuah masjid tertua
di kawasan ini sebagai menghargai sebuah monumen sejarah yang amat bernilai
ini. Oleh itu, kajian saya ini diharap dapat membantu penduduk kampung ini
mengetahui sejarah dan keistimewaan masjid ini.
Kedua, melalui kerja lapangan yang dijalankan,
saya percaya bahawa kewujudan masjid ini bermula bersama-sama dengan kedatangan
sebilangan besar orang-orang Banjar ke Tanah Melayu pada kurun ke 19 lagi. Menurut Encik Zulkifli, masjid ini
dikatakan telah dibina secara bergotong-royong oleh orang Banjar yang
kesemuanya adalah berasal dari Banjarmasin ,
Indonesia . Ini
kerana pada masa itu, orang Banjar merupakan antara suku kaum yang taat kepada
perintah agama.[3] Sebagai
orang Islam, masjid menjadi keperluan utama untuk beribadat. Dorongan besar
untuk bergotong-royong dalam mendirikan tempat ibadat ini juga merupakan pengaruh
hadith yang antara lain mengatakan
“ Barangsiapa membina masjid kerana Allah dan mengharapkan
keredaannya, maka Allah akan membuat rumah baginya dalam syurga”.
Hal ini
diperkuatkan dengan isi Al-Quran surah Al-Taubah ayat 18 dan 19 mengenai
orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah dianggap sebagai orang yang
beriman.[4] Oleh
itu, amat penting bagi saya untuk mengkaji sejarah senibina masjid ini kerana
senibinanya yang mempunyai unsur-unsur masjid tradisional di Indonesia dan jarang
ditemui di negara ini.
Ketiga, masjid ini amat penting daripada nilai
sejarahnya kerana ia merupakan satu-satunya masjid kaum Banjar di daerah Kampung
Gajah ini. Masjid ini menjadi simbol kepada semangat kekeluargaan di kalangan orang-orang
Banjar di kampung ini. Apatah lagi, kampung ini mempunyai keistimewaan dan
keunikannya yang tersendiri kerana mempunyai penduduk yang kesemuanya adalah
orang Banjar. Kampung Balun Bidai ini juga merupakan satu-satunya perkampungan
untuk orang-orang Banjar di dalam daerah ini iaitu daerah Perak Tengah yang
berada di dalam parlimen Pasir Salak.
Mengikut
sejarah, suku bangsa Banjar merupakan penduduk asli sebahagian daripada wilayah
Kalimantan Selatan. Mereka merupakan penduduk asal Sumatera atau daerah
sekitarnya lebih dari seribu tahun yang lalu. Akhirnya terbentuklah
sekurang-kurangnya lima suku banjar iaitu Banjar Pahuluan, Banjar Batang Banyu,
Banjar Kuala, Banjar Alai dan Banjar Kaluak.
Orang
Banjar Pahuluan pada asasnya ialah penduduk daerah lembah sungai-sungai yang
berhulu ke Pergunungan Meratus. Orang Batang Banyu mendiami Lembah Sungai
Negara sementara orang Banjar Kuala mendiami daerah sekitar Banjarmasin dan Martapura. Bahasa yang mereka
kembangkan dinamakan bahasa Banjar yang pada asasnya ialah bahasa Melayu. Nama
Banjar diperolehi kerana mereka dahulu sebelum dihapuskan pada 1860 adalah
warga Kesultanan Banjarmasin atau dianggap sebagai Banjar sesuai dengan nama
ibukotanya semasa mula-mula didirikan. Ketika ibukotanya dipindahkan kali
terakhir di Martapura, nama Banjar itu sudah diterima umum dan tidak berubah
lagi.[5]
Keunikan
dan keistimewaan masjid ini ialah ia turut membawa bersama nilai estetika
kepada penduduknya. Maka, disebabkan oleh faktor-faktor dan keistimewaan serta
keunikannya, saya telah memilih masjid ini sebagai asas kajian saya dalam
mengkaji sejarah tempatan ini.
1.4
Objektif Kajian
Masjid
Al-Akram merupakan salah satu bangunan yang unik. Struktur binaan kubah, tiang
utama yang diperbuat dari kayu ulin, jenis bumbung dan bahan yang digunakan
pada masjid ini cukup untuk memperlihatkan ciri-ciri dan identiti Islam di
kalangan orang-orang Banjar. Peranan masjid sebagai tempat pertemuan umat Islam
setempat, pusat pentadbiran dan penyebaran ilmu pengetahuan serta pusat
pungutan zakat menunjukkan kepelbagaian fungsi yang ada pada masjid ini. Oleh
yang demikian, pengkajian saya meliputi tiga objektif yang utama iaitu:
a)
Sebagai satu-satunya masjid orang Banjar di daerah ini,
kajian utama adalah kepada senibina yang terdapat dalam masjid ini. Keunikan
senibinanya adalah kerana bahan yang digunakan dalam pembinaannya dibawa dari Indonesia
seperti kayu ulin untuk membuat tiang utama di dalam masjid ini. Kayu ulin
seperti yang diketahui hanya terdapat di beberapa daerah di Indonesia
sahaja. Selain daripada itu, terdapat juga penggunaan batu bata tanah liat bagi
menggantikan simen yang masih kekal di beberapa bahagian dinding masjid ini.
Senibina masjid ini juga turut dipengaruhi oleh senibina dari Indonesia
melalui jenis bumbung atau atapnya yang bertingkat tiga.
b)
Kajian ini juga akan melihat kepada fungsi-fungsi yang
terdapat di masjid ini. Selain dari menjadi tempat untuk umat Islam dari
keturunan Banjar beribadat, masjid ini juga masih lagi berfungsi sebagai tempat
untuk pengajian fardhu ain serta turut digunakan untuk mendalami ilmu agama
serta mengadakan majlis-majlis ilmu yang lain seperti ceramah agama dan bacaan
surah Yassin pada setiap malam Jumaat.
c)
Selain itu, saya juga turut melihat beberapa ciri keistimewaan dan kelainan masjid ini
berbanding dengan masjid yang dibina oleh orang-orang Melayu. Keistimewaan yang
paling ketara pada masjid ini ialah apabila pertama kali kita melihat masjid
ini, sudah pasti kita dapat merasakan bahawa masjid ini merupakan sebuah masjid
tradisional kerana pandangan dari luar sahaja telah membayangkan kepada kita
bahawa masjid ini telah lama wujud. Apatah lagi, apabila kita melihat atapnya
yang bertingkat tiga yang membayangkan betapa ciri-ciri tradisional Indonesia
terdapat pada masjid ini. Tambahan pula, masjid ini dibina berdasarkan semangat
kerjasama dan bergotong-royong di kalangan orang-orang Banjar itu sendiri. Ini
bermakna, pembinaan masjid ini tidak menggunakan teknologi yang canggih.
1.5 Kaedah
kajian
Bagi
memastikan kajian ini dijalankan dengan baik dan mengikut masa yang telah
ditetapkan, terdapat beberapa kaedah yang telah dipilih. Pertama, saya telah
menjalankan kerja lapangan. Untuk tujuan itu, saya telah membuat lawatan dengan
melihat sendiri masjid tersebut. Lawatan kerja lapangan ini adalah bertujuan
untuk melihat sendiri bagaimana sebuah masjid yang bercirikan senibina Indonesia
masih kekal sehingga ke hari ini. Dalam menjalankan kerja lapangan ini, saya
sentiasa mendapat sokongan dari penduduk kampung. Malah, setiap kali lawatan
saya ke masjid, saya sentiasa di temani oleh setiausaha masjid yang juga turut
berkongsi pengetahuannya tentang masjid ini.
Selain
dari itu, saya juga telah menjalankan soal selidik dan juga temu bual kepada orang tertentu yang difikirkan
dapat membantu saya dalam kajian ini. Bagi
kaedah soal selidik ini, saya telah menggunakan kaedah borang dan
diberikan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk Kampung
Balun Bidai yang berketurunan Banjar. Borang soal selidik ini diberikan kepada
semua orang Banjar dari pelbagai lapisan umur serta taraf pendidikan dan
pekerjaan yang berbeza. Tujuan saya mengedarkan borang soal selidik ini ingin
mengetahui sejauh mana pengetahuan mereka mengenai asal-usul pembinaan masjid
ini yang dibina oleh nenek moyang mereka yang terdahulu.(Lihat lampiran 1) Secara tidak langsung, mereka akan memperoleh
pengetahuan dan mengimbau kembali sejarah kedatangan nenek moyang mereka ke
Tanah Melayu dan bagaimana masjid ini dibina.
Melalui
kaedah kerja lapangan ini juga, saya telah mengadakan temu bual dengan beberapa orang yang
dirasakan boleh membantu saya dalam kerja lapangan ini seperti Ketua Kampung
Balun Bidai, Ahli Jawatankuasa(AJK) masjid dan beberapa responden yang lain. Ia
adalah bertujuan untuk mengetahui kesahihan maklumat kajian saya berdasarkan
pengetahuan mereka mengenai masjid ini. Kesemua
maklumat yang dikumpulkan akan dinilai terlebih dahulu. Hanya maklumat yang
benar-benar boleh dipercayai akan diterima untuk dimasukkan dalam kajian ini.
Kedua,
saya juga telah menjalankan penyelidikan dengan merujuk dokumen yang berkaitan
dengan kajian ini dalam usaha membina masjid Kampung Balun Bidai ini seperti mendapatkannya
dari Pejabat Agama Daerah Kg Gajah, Perak. Dokumen-dokumen ini meliputi
surat-surat lama serta mendapatkan peta lokasi masjid dari pihak jawatankuasa Masjid
Al-Akram ini.
Akhir sekali, kaedah kajian yang telah digunakan ialah
merujuk kepada buku-buku yang berkaitan dengan kajian ini. Melalui kaedah ini,
penyelidikan saya turut disokong
oleh bukti-bukti yang diperolehi dari buku-buku yang berkaitan. Buku-buku yang
berkaitan didapati di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat tentang senibina
masjid serta untuk mengetahui asal-usul keturunan Banjar yang dikatakan berasal
dari
Dengan
kaedah kajian yang akan saya gunakan ini adalah diharapkan saya dapat
memperoleh serba sedikit pengetahuan mengenai sejarah tempatan ini. Selain dari
itu, sebagai seorang pelajar jurusan sejarah, adalah menjadi tanggungjawab saya
untuk memastikan sejarah masjid ini tidak hilang begitu sahaja. Apatah lagi,
kajian sejarah secara ilmiah terhadap Masjid Al-Akram ini belum pernah dikaji
oleh sesiapapun sebelum ini. Selain dari itu, sejarah masjid ini juga penting
kepada penduduk penduduk kampung ini juga untuk mengetahui asal-usul mereka dan
masjid ini.
Senibina
Masjid
Senibina bermaksud penghasilan
rekabentuk seni yang berkemampuan untuk menggerakkan jiwa setiap insan yang
menghuninya manakala definisi bangunan pula lebih bercorak kepada ciri-ciri
utilitarian iaitu yang tertakluk kepada fungsi semata-mata dan tidak menitikberatkan
nilai estetika atau unsur keindahan. Dalam
agama Islam, senibina yang terpenting dan terunggul adalah senibina masjid.
Masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah s.a.w ialah dalam bentuk yang paling
sederhana di Madinah. Ia kemudiannya berkembang dan meningkat dengan adanya
bentuk mimbar, mihrab dan kubah. Apabila umat Islam bertemu dengan senibina
asing seperti Rom dan Parsi, mereka mendapat ilham untuk meningkatkan mutu
senibina dengan mencipta ciri-ciri khas senibina Islam seperti bentuk tiang,
pintu gerbang, hiasan dan menara.[1]Ciri-ciri
ini kemudiannya berkembang dan menjadi ikutan kepada pembinaan masjid-masjid
yang terdapat di seluruh dunia. Ia kemudiannya menjadi ciri-ciri penting dalam
masyarakat Islam apabila mendirikan masjid.
Walaupun tidak dapat dipastikan bilakah Masjid Al-Akram ini
dibina tetapi tatacara pembinaan serta ciri-ciri senibina yang ditunjukkan pada
masjid ini adalah klasik bagi senibina tradisonal Indonesia dari suku Banjar
pada abad ke-19. Ciri-ciri tersebut dapat diperhatikan pada bahagian dinding,
jenis bumbung bertingkat, empat tiang utama, ruang atap yang disambungkan hanya
menggunakan pasak dan tiada paku digunakan.(Lihat
lampiran 4) Ciri-ciri
tradisional Indonesia atau lebih tepat lagi senibina
Banjar juga dapat
dilihat pada struktur keseluruhan bangunan masjid ini. Walaupun bahagian yang berukir agak berkurangan dan ukiran pada pepenjuru tiang-tiang utama
walaupun ringkas tetapi amat unik serta sukar ditemui pada tiang-tiang
seumpamanya pada binaan-binaan tradisional lama yang diperbuat dari kayu ulin.Islam. Salah
satu bukti peninggalannnya adalah Masjid Sultan Suriansyah. Masjid ini terletak
di Banjarmasin ini juga menggunakan kayu ulin sebagai tiang-tiang utama masjid.[1]
[1] Ahmad
Basuni, Nur Islam di Kalimantan Selatan:
Sejarah masuknya Islam di Kalimantan , Bina
Ilmu, 1986, m.s.34.
3.1
Bumbung /Atap Bertingkat

Pada dasarnya, struktur binaan yang klasik serta mengikut
tradisi masjid lama di Banjarmasin dan masjid-masjid di Indonesia membuktikan
bahawa ia dibina oleh orang-orang Banjar yang datang dari Banjarmasin,
Indonesia. Oleh itu, tidak mungkin masjid ini dibina oleh orang-orang Melayu
kerana selain dari mempunyai ciri-ciri masjid di Indonesia, penduduk kampung
ini juga secara keseluruhannya adalah terdiri dari kesemuanya orang Banjar sahaja.
Jika dilihat pada bumbung masjid ini, ia masih lagi mengekalkan corak atap
bertingkat iaitu salah satu dari senibina masjid yang terdapat di
mengekalkan corak atap
bertingkat iaitu salah satu dari senibina masjid yang terdapat di Jila
dilihat dari sudut arsitektur, masjid-masjid lama di Indonesia menunjukkan
keistimewaan yang membezakan dengan dengan arsitektur masjid-masjid di
negeri-negeri Islam yang lain. Keistimewaan gaya arsitektur itu dinyatakan oleh
atapnya yang bertingkat dua, tiga dan lima.[1]
Berstruktur persegi empat atau bujur sangkar dengan serambi di depan atau di
tepi. Selain itu, bentuknya adalah pejal dan tinggi. Begitu juga dengan atap
yang terdapat di masjid ini dimana atapnya walaupun telah ditukar kepada atap
yang baru tetapi gaya bumbung lama masih lagi dikekalkan. Masjid ini masih lagi
mengekalkan keistimewaannya sebagai masjid lama orang Banjar dengan atapnya
yang bertingkat tiga.(Lihat lampiran 5)
3.2 Tiang
Masjid

Antara aspek
lama yang masih kekal dalam masjid ini ialah dari segi tiang masjid. Masjid ini
walaupun dibina di atas tanah dengan lantainya telah mengalami perubahan iaitu
mempunyai lantai yang bersimen tetapi di dalam masjid ini terdapat empat batang
tiang lama yang masih kekal sejak zaman awal pembinaannya dahulu. Keempat-empat
tiang ini berada di tengah-tengah kawasan dalam masjid ini. Menurut Encik
Zulkifliamin Haji Taha, Ketua Kampung Balun Bidai ini, setiap tiang itu dibina
sebagai mewakili suku-suku yang terdapat dalam masyarakat Banjar itu sendiri
seperti Banjar Kuala dan Banjar Alai.[2]
Tiang utama ini diperbuat dari kayu yang lurus dan
panjangnya adalah 15 meter. Jika dilihat secara teliti, empat tiang utama yang
terdapat di dalam masjid ini diperbuat dari jenis kayu yang tahan lama. Melalui
kajian yang dijalankan, saya mendapati bahawa kayu yang
digunakan sebagai tiang utama ialah diperbuat dari kayu ulin. Kayu ulin atau kayu besi iaitu kayu khas
dari Kalimantan yang mempunyai tekstur padat dan keras. Kayu ini merupakan
bahan bangunan yang banyak digunakan dalam pembinaan masjid tradisional
Kayu ulin
merupakan jenis kayu yang tak mudah lapuk baik di dalam air maupun di darat.
Namun begitu, kayu ulin kini sukar untuk diperolehi dan harganya semakin mahal.
Di beberapa daerah di Indonesia, kayu ulin dilarang untuk dikomersialkan. Kayu
yang terkenal kerana kekuatannya adalah kayu-kayu yang usianya ratusan tahun
yang diambil dari habitat aslinya di hutan. Berdasarkan catatan, kayu ulin
merupakan salah satu jenis kayu hutan tropika basah yang tumbuh secara
semulajadi di wilayah Sumatera selatan dan Kalimantan. Pohon ulin termasuk
jenis pohon besar yang tingginya dapat mencapai 50 m dengan diameter sampai 120
cm, tumbuh pada dataran rendah sampai ketinggian 400 m. Kayu ulin banyak
digunakan sebagai konstruksi bangunan berupa tiang bangunan, atap kayu, papan
lantai, bahan untuk bangunan jambatan, landasan kereta api dan kegunaan
lainnya.
Kayu ulin yang digunakan sebagai tiang utama masjid ini
masih lagi kekal utuh berdiri di dalam masjid ini. Tiang kayu ini menjadi simbol kepada kewujudan masjid
ini yang dipercayai melebihi seratus
tahun pembinaannya sebagai tempat beribadat orang-orang Banjar di sini. Untuk
itu, tiang ini masih lagi tegap dan dijaga dengan baik walaupun terdapat
sebatang tiang yang berlubang tetapi tidaklah reput. Jika dilihat secara dekat
tiang ini adalah diperbuat dari kayu yang berat dan tahan lama.(Lihat lampiran 6) Malah, untuk menjaga tiang ini supaya kelihatan cantik dan
menarik, maka tiang ini telah dicat tetapi
ciri-ciri lama itu masih lagi dikekalkan. Oleh itu, secara tidak langsung,
tiang-tiang utama yang terdapat di masjid ini mempunyai persamaan dengan
masjid-masjid lama yang terdapat di Indonesia seperti masjid al Mujahiddin di
Bengkulu.
Mengikut
sejarah Bengkulu, masjid al Mujahiddin yang terletak di kota Bengkulu merupakan
salah satu masjid lama bersejarah yang didirikan sekitar tahun 1850-an. Bentuk
asli masjid ini sangat sederhana dan keseluruhannya dibuat dari bahan kayu.[3]
Antara sisa-sisa sejarah yang masih kekal terdapat di masjid ini ialah empat
batang tiangnya yang diperbuat dari kayu ulin.[4]
Selain itu kayu ulin juga digunakan sebagai dinding pada masjid Jami Hasanuddin
yang dibina secara gotong-royong oleh seluruh kaum muslimin Kutai pada tahun
1897.[5]
Persamaan penggunaan kayu ulin sebagai tiang
utama masjid juga semestinya berkait rapat dengan sejarah Banjarmasin yang
tidak boleh dipisahkan dari Sultan Suriansyah, raja pertama kerajaan Banjar.
Sultan Suriansyah merupakan raja Kerajaan Banjar pertama yang memeluk agama Islam.
3.3 Dinding Tanah Liat


Selain
itu, terdapat ciri lama yang masih lagi kekal pada masjid ini. Merujuk kepada
gambar di atas, jika dilihat dengan teliti beberapa bahagian dinding yang
terdapat di dalam masjid ini terutama yang berhampiran dengan mimbar masjid
masih lagi kekal dengan ciri lama iaitu menggunakan tanah liat bagi
menggantikan simen. Batu bata tanah liat boleh dikelaskan sebagai bahan binaan
yang lasak.
Di Malaysia,
terdapat banyak contoh kerja bata yang baik yang berusia beratus-ratus tahun
dan masih bertahan hingga ke hari ini. Satu perkara menarik mengenai batu bata
tanah liat ialah saiznya yang tidak banyak berubah sejak dahulu lagi. Perubahan
terbesarnya mungkin pada tebalnya dan ini dikawal oleh berat batu bata dimana
beratnya hendaklah cukup ringan untuk dipegang dan dikelola oleh satu tangan. Oleh
itu lebarnya kekal antara 100mm hingga 125mm dan panjangnya 150mm hingga 155mm.
Namun ketebalan batu bata berubah-ubah iaitu antara 50mm hingga 80mm. Oleh itu
masjid ini terasa agak sejuk walaupun pada
waktu tengahari. Namun, untuk kelihatan lebih menarik dindingnya telah dicat
dengan warna kuning tetapi tanah liat itu masih kekal di situ.(Lihat lampiran 7)
3.4 Beduk/Tabuh


Geduk atau istilah lain disebut sebagai beduk atau tabuh
dijadikan alat utama pihak pengurusan masjid memanggil jemaah bersembahyang
dengan cara memukul pada kulit belulang. Jarak yang dapat didengar apabila
dipalu dengan pemukul adalah sejauh satu kilometer persegi. Bunyi yang
dihasilkan daripada beduk ini adalah pantulan
daripada
belulang sejenis kulit haiwan yang dikeringkan selama beberapa hari sebelum
dimasukkan pada bahagian mulut tong yang besar. Tidak dapat diketahui adakah
beduk ini adalah beduk yang asal kerana dari kerja lapangan yang dijalankan
tiada siapa pun dari penduduk kampung ini yang mengetahui bilakah beduk ini
terdapat di masjid ini. Kebanyakan mereka mengatakan bahawa beduk ini telah pun
wujud sejak dahulu lagi dan belum pernah ditukar kepada beduk yang lain.
Beduk atau
tabuh masih lagi digunakan di masjid ini pada hari-hari tertentu sahaja. Beduk
akan dipalu pada bulan Ramadhan sebagai tanda masuknya waktu berbuka puasa bagi
kawasan setempat. Selain dari itu, beduk juga masih lagi digunakan setiap hari
Jumaat sahaja sebagai tanda mengajak penduduk kampung menunaikan solat Jumaat.
Jika berlaku kematian beduk ini dipalu atau dipukul dengan mengunakan kod-kod
yang sedia difahami oleh orang kampung.(Lihat
lampiran 8)
3.5 Kerantong


Kerantong
merupakan sejenis alat idiofon yang mempunyai peranan yang suci bagi masyarakat
Islam di Malaysia, khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman dan desa.
Diperbuat daripada jenis kayu yang terpilih, lazimnya dari spesis 'nangka' dan
berbentuk memanjang. Pada permukaannya, ditebukkan lubang khas yang berfungsi
sebagai lubang suara ataupun gema. Terdapat dua fungsi
lubang kerantong iaitu pertama untuk
menyimpan kayu pemukul kerantong dan kedua untuk di goncang kayu pemukul di
dalam lubang kayu tersebut lalu mengeluarkan bunyi permulaan yang agak perlahan
sahaja. Lepas itu barulah kayu pemukul yang diperbuat daripada kayu yang keras
itu di pukul pada badan kerantong tersebut. Pukulan di badan kerantong ini
menghasilkan bunyi yang kuat dan boleh didengar oleh hampir keseluruhan
penduduk kampung. Kerantong di Masjid Al-Akram ini digantung pada anjung masjid
berhampiran dengan kolah tempat mengambil wuduk. Ia dipalu sebagai menandakan
masuknya waktu-waktu untuk bersolat dan diikuti dengan laungan azan. Ianya
merupakan alat asli bagi orang-orang Melayu di Nusantara.
Kegunaan
kerantong di Masjid Al-Akram ini hanyalah satu iaitu hanya dipalu sebagai tanda
masuknya waktu solat lima waktu bagi orang Islam.(Lihat lampiran 9). Ini kerana bagi urusan lain seperti berbuka
puasa, hari raya dan jika berlakunya kematian kerantong ini tidak digunakan.
Sebaliknya AJK masjid ini memilih untuk menggunakan beduk atau tabuh bagi
menandakan berlakunya peristiwa selain dari masuknya waktu solat.
Ini bermakna
masjid ini masih lagi mengekalkan cara tradisional dalam pengurusannya kerana
kebanyakan masjid pada hari ini tidak lagi menggunakan tabuh terutama penduduk
Kampung Balun Bidai itu sendiri. Ia diimarahkan baik pada ibadat atau
kerantung. Sebaliknya masjid-masjid yang lebih baru penubuhannya hanya
menggunakan pembesar suara sebagai tanda masuknya waktu solat malah di
sesetengah masjid, beduk dan kerantong ini sudah tidak kelihatan lagi.
BAB 4
Fungsi Masjid
4.1
Fungsi
Masjid Al-Akram
Masjid
merupakan tempat yang paling banyak dikumandangkan nama Allah melalui azan,
qamat, tasbih, tahlil, istigfar dan ucapan lain yang dibaca di masjid sebagai
sebahagian dari lafaz yang berkaitan dengan pengagungan kepada Allah.[1] Kalau dikaji dari segi bentuk
fizikal masjid pada zaman Rasulullah, ternyata sifatnya tidak seperti sifat
masjid yang dibina di negeri umat Islam pada masa kini. Pada zaman itu, masjid
didirikan daripada pelepah tamar dan atapnya daripada daun kurma dan apabila
sujud, debu melekat pada dahi. Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, langkah
pertama yang baginda lakukan ialah membina masjid. Masjid pertama yang dibina
oleh Rasulullah ialah Masjid Quba. Masjid ini didirikan secara bergotong-royong
di atas sebidang tanah kepunyaan dua anak yatim. Keadaan masjid itu sangat
sederhana, dikelilingi tembok batu bata yang diperbuat daripada tanah liat dan
berlantaikan pasir.[2]
Masjid tidak dilihat dari segi fungsinya yang
khusus saja, malah dari segi pembangunan dan perkembangan ummah seperti yang
pernah dilakukan pada zaman Rasulullah dan sahabat. Namun begitu, akibat perkembangan negara-negara Islam dan kelainan
corak dan sistem kepimpinan Islam dalam zaman-zaman yang kemudiannya, maka
fungsi masjid pada zaman Rasulullah s.a.w. tidak lagi berlaku
sepenuhnya. Ia lebih tertumpu sebagai tempat ibadat sembahyang, tempat mengaji
dan tempat melaksanakan beberapa aktiviti kemasyarakatan yang sangat terbatas.
Di Masjid al-Akram, fungsi
utama masjid ini juga adalah sebagai tempat untuk kaum muslimin beribadat dan
mendekatkan diri kepada Allah. Dalam erti kata yang lain, masjid ini berfungsi
sebagai tempat untuk penduduk kampung ini menunaikan rukun Islam yang kedua
iaitu bersembahyang. Di masjid ini, penduduk Kampung Balun Bidai bersama-sama
menunaikan sembahyang berjemaah. Selain dari digunakan sebagai tempat
sembahyang berjemaah lima waktu, masjid ini juga digunakan sebagai tempat
penduduk kampung untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Wajah masjid ini pada umumnya, bergantung
kepada peranan yang dimainkan oleh pentadbirnya. Sumbangan yang aktif dan
kreatif daripada pentadbir serta sokongan padu daripada masyarkat kampung
menjadikan aktiviti yang dijalankan dapat memakmurkan masjid tersebut. Dapat
dikatakan bahawa fungsi dan penampilan masjid ini walaupun mempunyai ciri-ciri
tradisional Indonesia menjadi satu pengukur yang dapat menaikkan imej
masyarakat di sekelilingnya.
Selain
digunakan sebagai tempat untuk penduduk kampung ini beribadat, masjid ini juga
digunakan sebagai tempat untuk pengajian fardhu ain dan mempelajari ilmu agama.
Masjid ini juga berfungsi sebagai tempat kegiatan masyarakat Islam setempat
yang khusus mahupun pada kerja-kerja kebajikan.
Kesimpulan
Berdasarkan
kajian yang saya lakukan, saya mendapati bahawa Masjid Al-Akram ini mempunyai
keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Ia berbeza dengan masjid yang
didirikan oleh masyarakat Melayu pada masa kini. Ini kerana disebabkan oleh
beberapa faktor. Antaranya, kewujudan dan pembinaan masjid ini mempunyai
identiti masyarakat di sekitarnya iaitu masyarakat Banjar. Asas pembinaan
masjid ini juga melambangkan pertapakan awal masyarakat Banjar di kawasan ini
di Tanah Melayu sekitar abad ke 19. Namun begitu, tidak dapat dipastikan
kesahihannya mengenai tarikh kedatangan mereka yang sebenar di kawasan ini dan
sehingga membuka kawasan petempatan yang dikenali sebagai Kampung Balun Bidai.
Namun begitu, pada akhir abad ke 19 berlaku migrasi orang Banjar secara
besar-besaran ke pulau Sumatera yang kemudian berhijrah ke Tanah Melayu. Di Perak,
penempatan awal masyarakat Banjar pada abad ke-19 adalah di daerah Kerian serta
di Sungai Manik, Teluk Intan. Memandangkan Sungai Manik adalah hanya 25km dari
kampung Balun Bidai, tidak mustahil masyarakat Banjar yang menetap di sini
adalah kumpulan yang datang pada abad ke-19 itu.
Rata-rata penduduknya terdiri daripada
masyarakat Banjar. Ini merupakan keistimewaan kampung ini. Tambahan pula,
kebanyakan penduduk di sini mempunyai pertalian darah kerana berasal daripada
rumpun yang sama. Uniknya mereka ini masih lagi pandai berkomunikasi sesama
mereka dalam bahasa banjar malah terus digunakan dari satu generasi ke satu
generasi yang lain.
Aspek reka
bentuk Masjid Al-Akram yang didirikan oleh masyarakat Banjar di Kampung Balun
Bidai ini juga dilihat mempunyai persamaan dengan masjid-masjid lama yang
terdapat di Indonesia seperti masjid al Mujahiddin di Bengkulu. Mengikut
sejarah Bengkulu, masjid al Mujahiddin yang terletak di kota Bengkulu merupakan
salah satu masjid lama bersejarah yang didirikan sekitar tahun 1850-an.
Tambahan pula, aspek senibina masjid ini juga turut diterapkan dengan senibina
masyarakat Banjar yang asal usulnya daripada Banjarmasin, Indonesia. Misalnya,
atapnya yang bertingkat tiga yang turut terdapat pada masjid di Indonesia di
sekitar abad ke-19.
Selain itu,
istimewanya masjid ini, adalah daripada aspek seni rekanya. Rekaan dalaman
masjid ini agak berbeza dengan masjid yang wujud pada hari ini kerana di
tengah-tengahnya terdapat empat tiang utama. Setiap tiang pula dikatakan
mewakili suku kaum dalam masyarakat Banjar itu sendiri. Ia memberi nilai yang
amat bermakna kepada orang yang mendirikannya iaitu masyarakat Banjar itu
sendiri. Ia sesuai dengan nilai dalam diri setiap individu yang berketurunan
Banjar ini iaitu sentiasa bekerjasama dalam sesuatu perkara. Inilah
keistimewaan masjid ini yang dibina atas dasar kemuafakatan. Dalam kajian dan
temubual saya kepada beberapa orang responden, saya turut dimaklumkan bahawa
paku langsung tidak digunakan semasa membina masjid ini. Sebaliknya hanya
menggunakan pasak sahaja. Jadi, ciri ini juga menunjukkan masjid ini sudah lama
wujud kerana ciri-ciri tradisional ini hanya terdapat sekitar abad ke 19
sahaja.
Dalam kajian
saya, semasa membina masjid ini,
bahan-bahan seperti kayu untuk dijadikan tiang utama dalam masjid ini telah
dibawa khas oleh masyarakat Banjar ini daripada tempat asal mereka iaitu
Banjarmasin, Indonesia. Buktinya, kayu ini dikenali sebagai kayu ulin hanya
tumbuh di kawasan hutan yang terdapat di Kalimantan dan wilayah Sumatera Selatan
sahaja. Ini menunjukkan bahawa, walaupun kaum Banjar ini berhijrah ke Tanah
Melayu, mereka masih lagi mengekalkan warisan dan tempat asal usul mereka walau
di mana mereka berada. Hal ini disebabkan mereka ingin mengingati dan
mengekalkan sejarah salasilah keturunan
mereka yang perlu dipertahankan oleh generasi muda yang akan datang.
Masyarakat ini juga turut membawa kepada
kepakaran mereka dalam membina masjid iaitu menggunakan sumber tanah liat untuk
membina dinding masjid. Sedangkan ketika itu, kebanyakan rumah dibina dengan
menggunakan kayu. Penggunaan batu bata tanah liat boleh dikelaskan sebagai
bahan binaan yang lasak dan tahan beratus-ratus tahun. Rasionalnya penggunaan
batu bata tanah liat ini adalah untuk menyejukkan ruang di dalam masjid kerana
sifat tanah liat untuk memerangkap haba pada waktu siang dan membebaskan haba pada
waktu malam.
Jika
dilihat tujuan pembinaan Masjid Al-Akram ini adalah untuk dijadikan tempat
beribadat bagi masyarakat Banjar yang rata-ratanya beragama Islam. Ini
membuktikan bahawa masyarakat Banjar ini sangat unik sejajar ciri yang ada
dalam diri mereka iaitu teguh beragama dan kuat beribadat kepada Tuhan. Oleh
itu, dengan kedatangan mereka secara tidak langsung turut membawa pengaruh
Islam kepada masyarakat setempat di kawasan ini. Daripada kajian lapangan saya,
kedatangan Islam ke kawasan ini bermula dengan kedatangan masyarakat Banjar
yang datang ke kawasan ini dan seterusnya membuka kawasan petempatan. Ketika
itu, kawasan ini tidak mempunyai penghuni lagi. Oleh itu, kedatangan mereka ini
turut membawa perubahan yang besar terhadap kawasan ini.
Oleh
yang demikian, berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan, saya
mendapati bahawa Masjid Al-Akram merupakan sebuah masjid yang telah dibina pada
sekitar tahun 1890-an. Namun, tarikh sebenar pembinaannya tidak dapat
dibuktikan dengan tepat. Ini kerana, kedatangan beramai-ramai masyarakat banjar
ke Tanah Melayu terutamanya di Perak berlaku pada akhir abad ke-19. Oleh itu,
sebagai kaum condong ke arah perkara-perkara berkaitan agama, masjid merupakan
satu keperluan utama bagi mereka. Jadi, pembukaan Kampung Balun Bidai ini
berjalan seiring dengan pembinaan masjid ini.
Selain
dari itu, bukti menunjukkan kayu ulin tumbuh secara semulajadi di Selatan
Sumatera dan Kalimantan iaitu penempatan masyarakat Banjar di Indonesia. Apatah
lagi, kayu ulin merupakan kayu yang tahan lama sehingga mencecah dua ratus
tahun. Oleh itu, setelah kajian dijalankan dan mendapati bahawa kayu ulin
digunakan sebagai tiang utama dalam masjid ini, bermakna masjid ini telah lama
di bina. Melihat kepada kayu ulin di masjid ini, dipercayai kayu itu telah
mencecah lebih dari seratus tahun.
Sebagai
seorang pencinta sejarah, saya merasakan masjid ini amat penting kepada
masyarakat Banjar di kawasan ini kerana ia menjadi simbol kepada kedatangan
mereka ke Tanah Melayu. Malah, masjid ini mesti terus dijaga agar keasliannya
terus terpelihara agar keasliannya dapat dinikmati dan dihargai bukan sahaja di
kalangan orang Banjar tetapi semua pencinta sejarah.
Namun
begitu, masjid ini akan terus dipinggirkan dan terbiar oleh arus pemodenan sekiranya tiada pihak
yang berusaha untuk meneroka nilai-nilai sejarah yang terdapat di dalamnya.
Walaupun monumen ini kecil dan kurang diketahui umum, namun nilai sejarahnya
amat besar jika dapat dikaji. Dengan adanya bukti dan penemuan kukuh, monumen
ini akan terus terpelihara dan keunikannya terus dapat dikekalkan untuk menjadi
bahan peninggalan sejarah kepada masyarakat Banjar dan negara asas
yang telah dipelajari melalui pembacaan dan penyelidikan.
BAB 2
Isi Kandungan
2.1
Lokasi
Masjid
ini terletak di Kampung Balun Bidai dan kira-kira 4km dari jalan utama. Ia
berada dalam daerah Perak Tengah, Perak dan pekan yang terhampir dengannya
ialah pekan Kampong Gajah iaitu kira-kira 10km. Daerah Perak Tengah adalah
bersempadan dengan daerah Hilir Perak di mana dalam daerah Hilir Perak terdapat
sebuah kawasan penempatan awal orang Banjar di negeri Perak iaitu Sungai Manik.
Jarak Sungai Manik dari Kampung Balun Bidai ini ialah 25 kilometer.
Luas
kawasan Masjid al-Akram ialah kira-kira 4000 meter persegi sementara masjid itu
sendiri didirikan pada keluasan 30m x 25meter persegi. Masjid ini didirikan
hampir di hujung Kampung Balun Bidai. Semua penduduk kampung ini masih
menggunakan masjid ini bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam.
Pada setiap hari Jumaat, dianggarkan seramain 100 hingga 200 orang Islam datang
menunaikan fardhu Jumaat di masjid ini. Hampir kesemuanya adalah penduduk
kampung ini yang berketurunan Banjar.
Dalam
kajian sejarah tempatan ini, saya telah menggunakan sumber kedua. Ia adalah
berdasarkan tinjauan awal yang saya peroleh daripada orang persendirian yang
telah memberikan gambaran awal tentang penubuhan masjid ini. Selain itu,
terdapat juga catatan harian masjid ini yang turut membuat catatan dan
mengemukakan kertas cadangan untuk membaiki masjid ini. Walau bagaimanapun,
Masjid Al-Akram ini tidak pernah dibuat kajian secara ilmiah oleh mana-mana
pihak sebelum ini. Oleh yang demikian, saya juga akan menggunakan sumber lisan
iaitu secara temubual dengan orang-orang yang mengetahui tentang masjid ini. Di
samping itu juga, saya akan merujuk kepada Pejabat Agama yang berdekatan serta
membaca buku di perpustakaan yang berkaitan dengan masjid kaum Banjar dan
memahami asal-usul kedatangan mereka ke Tanah Melayu.
[1]
Muhammad E.Ayub, Manajemen masjid, Gema Insani, 1996,m.s.7.
[2]
Ahmad Shalaby,Muhammad Labib Ahmad, Perbandingan agama:Agama Islam, Pustaka
National, 2001, m.s. 77.
[1] Marwati
Djoened Poesponegoro, Nugroho Notosusanto,Sejarah
National Indonesia
III:Zaman Pertumbuhan dan Perkembangan Kerajaan Islam di Indonesia, PT
Balai Pustaka, 1992,m.s.322.
[2]
Zulkifliamin Haji Taha, op.cit.
[3]
Abdul Baqir Zein, Masjid-masjid
bersejarah di Indonesia ,Gema
Insani, 1999,m.s.122.
[4] Ibid.,m.s.124.
[5] Ibid.,m.s.324.
[1] Amat
Hamzah, 15 November 2009.
[2] Deni
Prasetyo, Mengenai Kerajaan-kerajaan
Nusantara,Yogyakarta : Pustaka Widyatama,
2009, m.s.80.
[3]
Zulkifliamin Haji Taha, 30 Ogos 2009.
[4] Mahmud
Junus, Tafsir al-Quran al Karim, Indonesia : Bandung Djakarta, 1951,m.s.171.
[5] Alfani Daud,Islam dan Masyarakat Banjar:Deskripsi dan
Analisa Kebudayaan Banjar,Jakarta :Rajawali
Press, 1997,m.s.85.
Duduk dari kiri :
Encik Arshad
(bilal), En.Abdullah (siak), En.Mohd Said (Imam), Ustaz Amat (Imam),
En.Baharuddin (siak) dan En.Alias (bilal)



