Saturday, 18 June 2016

SEJARAH PENUBUHAN DAN SENIBINA MASJID

AL-AKRAM KAMPUNG BALUN BIDAI


Masjid yang terletak di Kampung Balun Bidai merupakan sebuah masjid lama yang tidak diketahui bilakah pembinaannya mula dijalankan. Keistimewaannya ialah asas pembinaan masjid ini diilhamkan oleh orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan ini tidak mempunyai masjid kerana dipercayai belum lagi mempunyai penghuni. Dalam ertikata yang lain orang Banjar ini juga merupakan golongan yang bertanggungjawab membuka perkampungan di sini. Oleh kerana itu, ketiadaan masjid telah menyukarkan mereka untuk beribadat. Kesemua masyarakat Banjar ini beragama Islam. Akhirnya, kesepakatan dicapai oleh mereka yang membuka perkampungan di sini untuk mendirikan masjid. Disebabkan kesemua mereka adalah daripada golongan orang Banjar, maka masjid ini mula dibina berasaskan ciri-ciri masyarakat Banjar itu sendiri. Malah, mereka turut menerapkan unsur senibina masjid yang dibawa daripada tempat asal mereka iaitu Banjarmasin, Indonesia.
Ketika memasuki masjid ini, kita dapat melihat sebuah monumen lama yang bersejarah dan amat bernilai pada masyarakat Banjar di sini. Pada masa ini,  dinding masjid ini telah dicat dengan warna kuning dan mempunyai lima buah pintu masuk. Ia  kelihatan seperti sebuah rumah kayu sahaja. Selain itu, terdapat empat tiang utama yang berdiri megah di tengah-tengah masjid. Melalui kajian yang dijalankan, didapati tiang utama masjid ini diperbuat daripada kayu ulin. Ini ditambah pula dengan empat lagi tiang sokongan yang lebih kecil dari tiang-tiang utama. Keunikan masjid ini juga ketara berbeza dengan masjid lain kerana mempunyai 35 anak tangga yang dibina di dalam masjid ini. Menurut imam masjid ini,  Ustaz Amat b.Hamzah tangga yang dibina itu menyambung hingga ke bahagian bumbung masjid. Ia bertujuan bagi membaiki serta menyalin bumbung yang rosak atau bocor. Sebelum ini, bumbung masjid ini diperbuat daripada sejenis kayu yang dibawa daripada tempat asal masyarakat Banjar. Kini, bumbungnya sudah diganti dengan atap genting yang lebih tahan lama. Selain itu, tangga ini turut digunakan untuk melihat pemandangan di sekeliling atau membersihkan  bumbung yang mempunyai reka bentuknya adalah bertingkat tiga.[1] Masjid ini masih lagi digunakan oleh orang-orang Banjar sehingga kini dengan fungsi utamanya ialah sebagai tempat untuk beribadat. Kesemua penduduk di kampung ini terdiri dari orang Banjar sahaja yang mana nenek moyang mereka dipercayai berasal dari Banjarmasin, Indonesia. Inilah keistimewaan dan keunikan yang ada pada masjid ini yang berbeza dengan masjid lain.
Sebenarnya, tidaklah dapat dipastikan bilakah tarikh paling awal orang Banjar dari Kalimantan Selatan bermigrasi ke Tanah Melayu. Namun begitu, pada tahun 1780 dan 1862 telah berlaku migrasi orang Banjar secara besar-besaran ke pulau Sumatera. Penghijrahan orang-orang Banjar ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya, orang Banjar yang menjadi imigran pada tahun 1780 merupakan para penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara dengan raja Pangeran Tahmidullah. Mereka mesti melarikan diri dari wilayah kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik, mereka sudah dijatuhkan hukuman mati. Manakala, yang menjadi migran pada tahun 1862 pula ialah para pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka juga mesti melarikan diri dari pusat pemerintahan Banjar di Kota Martapura. Pasukan Residen Belanda sudah berjaya menguasai kota-kota besar di wilayah kerajaan Banjar. Pangeran Antasari sendiri sudah memindahkan pusat pemerintahannya ke daerah Muara Teweh, di rasminya telah mengumumkan bahawa pemerintahan Kesultanan Banjar dihapuskan pada tahun 1860 dengan Pengeran Tamjidillah sebagai sultan terakhir. Namun, di kalangan Kalimantan Tengah. Belanda pada ketika itu masih menjajah Indonesia dan secara orang Banjar banyak yang menganggap bahawa Muhammad Seman adalah sultan terakhir mereka.[2]
Dalam hal ini, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa sebahagian orang Banjar yang bermigrasi ke pulau Sumatera itu kemudian telah bermigrasi pula ke Tanah Melayu pada abad ke-19 lagi. Di antara tempat terawal penghijrahan orang Banjar ke negeri Perak ialah di daerah Kerian dan juga di Sungai Manik. Oleh itu, sebahagian dari orang Banjar ini telah membuka penempatan di Kampung Balun Bidai yang hanya terletak 25 kilometer dari Sungai Manik.
Di antara ciri-ciri awal yang dapat diperhatikan dalam masyarakat ini pada masa itu ialah fahaman kesukuan yang kuat, teguh pegangan agama, cara hidup sederhana, berani dan panas baran. Masyarakat di kampung ini masih lagi mewarisi sifat-sifat yang ada pada nenek moyang mereka dan kebanyakannya masih fasih bercakap dalam loghat Banjar.
Oleh itu, penghijrahan orang Banjar ke Tanah Melayu terutama ke negeri Perak mempunyai perkaitan dengan pembinaan Masjid Al-Akram di Kampung Balun Bidai ini yang ternyata bercirikan senibina orang Banjar. Jadi, masjid ini bukan sahaja penting kepada orang-orang Banjar sebagai simbol pertapakan mereka di Tanah Melayu sejak abad ke 19 terutama di negeri Perak malah ia amat bernilai dari segi sejarah masjid itu sendiri. Lokasi masjid ini  terletak dalam kawasan pekan Kampong Gajah iaitu dalam Daerah Perak Tengah, salah satu daerah dalam negeri Perak. Bandar yang paling hampir dengan masjid dan perkampungan ini ialah Kampong Gajah iaitu jaraknya kira-kira 10 kilometer. Selain itu, masjid Al-Akram di Kampung Balun Bidai ini berada kira-kira 25 kilometer dari Sungai Manik. Sungai Manik merupakan antara penempatan awal orang Banjar di negeri Perak selain daerah Kerian.

1.2       Tajuk dan Skop Kajian
Tajuk sejarah kajian tempatan yang saya pilih sebagai penyelidikan ialah kajian tentang sejarah monumen lama. Oleh itu, pemilihan saya ialah berkenaan dengan konsep senibina masjid dan sejarah penubuhan serta pembinaan masjid yang sekarang ini dikenali dengan nama Masjid Al-Akram. Masjid ini terletak di Kampung Balun Bidai iaitu dalam daerah Pekan Kampong Gajah, Perak. Dalam skop kajian saya , ia meliputi aspek kajian tentang senibina Masjid Al-Akram serta keistimewaan lain yang terdapat di masjid ini. Daripada tinjauan awal dan pemerhatian terhadap masjid ini, saya mendapati bahawa aspek senibinanya adalah menjurus kepada senibina tradisional kaum banjar yang berasal dari Banjarmasin, Indonesia. Tambahan pula, masyarakat di Kampung Balun Bidai ini begitu unik iaitu semua penduduknya adalah orang Banjar.

1.3       Justifikasi Pemilihan Tajuk
Tajuk ini dipilih berdasarkan kepada tiga kriteria yang utama. Pertama, melalui kajian awal yang dijalankan, saya mendapati bahawa masjid ini merupakan antara masjid yang tertua di dalam daerah Kampong Gajah. Oleh itu, sebagai seorang pelajar sejarah, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengkaji sebuah masjid tertua di kawasan ini sebagai menghargai sebuah monumen sejarah yang amat bernilai ini. Oleh itu, kajian saya ini diharap dapat membantu penduduk kampung ini mengetahui sejarah dan keistimewaan masjid ini.
 Kedua, melalui kerja lapangan yang dijalankan, saya percaya bahawa kewujudan masjid ini bermula bersama-sama dengan kedatangan sebilangan besar orang-orang Banjar ke Tanah Melayu pada kurun ke 19 lagi. Menurut Encik Zulkifli, masjid ini dikatakan telah dibina secara bergotong-royong oleh orang Banjar yang kesemuanya adalah berasal dari Banjarmasin, Indonesia. Ini kerana pada masa itu, orang Banjar merupakan antara suku kaum yang taat kepada perintah agama.[3] Sebagai orang Islam, masjid menjadi keperluan utama untuk beribadat. Dorongan besar untuk bergotong-royong dalam mendirikan tempat ibadat ini juga merupakan pengaruh hadith yang antara lain mengatakan
“ Barangsiapa membina masjid kerana Allah dan mengharapkan keredaannya, maka Allah akan membuat rumah baginya dalam syurga”.

Hal ini diperkuatkan dengan isi Al-Quran surah Al-Taubah ayat 18 dan 19 mengenai orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah dianggap sebagai orang yang beriman.[4] Oleh itu, amat penting bagi saya untuk mengkaji sejarah senibina masjid ini kerana senibinanya yang mempunyai unsur-unsur masjid tradisional di Indonesia dan jarang ditemui di negara ini.
 Ketiga, masjid ini amat penting daripada nilai sejarahnya kerana ia merupakan satu-satunya masjid kaum Banjar di daerah Kampung Gajah ini. Masjid ini menjadi simbol kepada semangat kekeluargaan di kalangan orang-orang Banjar di kampung ini. Apatah lagi, kampung ini mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri kerana mempunyai penduduk yang kesemuanya adalah orang Banjar. Kampung Balun Bidai ini juga merupakan satu-satunya perkampungan untuk orang-orang Banjar di dalam daerah ini iaitu daerah Perak Tengah yang berada di dalam parlimen Pasir Salak.
Mengikut sejarah, suku bangsa Banjar merupakan penduduk asli sebahagian daripada wilayah Kalimantan Selatan. Mereka merupakan penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya lebih dari seribu tahun yang lalu. Akhirnya terbentuklah sekurang-kurangnya lima suku banjar iaitu Banjar Pahuluan, Banjar Batang Banyu, Banjar Kuala, Banjar Alai dan Banjar Kaluak.
Orang Banjar Pahuluan pada asasnya ialah penduduk daerah lembah sungai-sungai yang berhulu ke Pergunungan Meratus. Orang Batang Banyu mendiami Lembah Sungai Negara sementara orang Banjar Kuala mendiami daerah sekitar Banjarmasin dan Martapura. Bahasa yang mereka kembangkan dinamakan bahasa Banjar yang pada asasnya ialah bahasa Melayu. Nama Banjar diperolehi kerana mereka dahulu sebelum dihapuskan pada 1860 adalah warga Kesultanan Banjarmasin atau dianggap sebagai Banjar sesuai dengan nama ibukotanya semasa mula-mula didirikan. Ketika ibukotanya dipindahkan kali terakhir di Martapura, nama Banjar itu sudah diterima umum dan tidak berubah lagi.[5]
Keunikan dan keistimewaan masjid ini ialah ia turut membawa bersama nilai estetika kepada penduduknya. Maka, disebabkan oleh faktor-faktor dan keistimewaan serta keunikannya, saya telah memilih masjid ini sebagai asas kajian saya dalam mengkaji sejarah tempatan ini.
1.4              Objektif  Kajian
Masjid Al-Akram merupakan salah satu bangunan yang unik. Struktur binaan kubah, tiang utama yang diperbuat dari kayu ulin, jenis bumbung dan bahan yang digunakan pada masjid ini cukup untuk memperlihatkan ciri-ciri dan identiti Islam di kalangan orang-orang Banjar. Peranan masjid sebagai tempat pertemuan umat Islam setempat, pusat pentadbiran dan penyebaran ilmu pengetahuan serta pusat pungutan zakat menunjukkan kepelbagaian fungsi yang ada pada masjid ini. Oleh yang demikian, pengkajian saya meliputi tiga objektif yang utama iaitu:
a)                  Sebagai satu-satunya masjid orang Banjar di daerah ini, kajian utama adalah kepada senibina yang terdapat dalam masjid ini. Keunikan senibinanya adalah kerana bahan yang digunakan dalam pembinaannya dibawa dari Indonesia seperti kayu ulin untuk membuat tiang utama di dalam masjid ini. Kayu ulin seperti yang diketahui hanya terdapat di beberapa daerah di Indonesia sahaja. Selain daripada itu, terdapat juga penggunaan batu bata tanah liat bagi menggantikan simen yang masih kekal di beberapa bahagian dinding masjid ini. Senibina masjid ini juga turut dipengaruhi oleh senibina dari Indonesia melalui jenis bumbung atau atapnya yang bertingkat tiga.
b)                  Kajian ini juga akan melihat kepada fungsi-fungsi yang terdapat di masjid ini. Selain dari menjadi tempat untuk umat Islam dari keturunan Banjar beribadat, masjid ini juga masih lagi berfungsi sebagai tempat untuk pengajian fardhu ain serta turut digunakan untuk mendalami ilmu agama serta mengadakan majlis-majlis ilmu yang lain seperti ceramah agama dan bacaan surah Yassin pada setiap malam Jumaat.
c)                  Selain itu, saya juga turut melihat beberapa ciri  keistimewaan dan kelainan masjid ini berbanding dengan masjid yang dibina oleh orang-orang Melayu. Keistimewaan yang paling ketara pada masjid ini ialah apabila pertama kali kita melihat masjid ini, sudah pasti kita dapat merasakan bahawa masjid ini merupakan sebuah masjid tradisional kerana pandangan dari luar sahaja telah membayangkan kepada kita bahawa masjid ini telah lama wujud. Apatah lagi, apabila kita melihat atapnya yang bertingkat tiga yang membayangkan betapa ciri-ciri tradisional Indonesia terdapat pada masjid ini. Tambahan pula, masjid ini dibina berdasarkan semangat kerjasama dan bergotong-royong di kalangan orang-orang Banjar itu sendiri. Ini bermakna, pembinaan masjid ini tidak menggunakan teknologi yang canggih.

 1.5      Kaedah kajian
Bagi memastikan kajian ini dijalankan dengan baik dan mengikut masa yang telah ditetapkan, terdapat beberapa kaedah yang telah dipilih. Pertama, saya telah menjalankan kerja lapangan. Untuk tujuan itu, saya telah membuat lawatan dengan melihat sendiri masjid tersebut. Lawatan kerja lapangan ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri bagaimana sebuah masjid yang bercirikan senibina Indonesia masih kekal sehingga ke hari ini. Dalam menjalankan kerja lapangan ini, saya sentiasa mendapat sokongan dari penduduk kampung. Malah, setiap kali lawatan saya ke masjid, saya sentiasa di temani oleh setiausaha masjid yang juga turut berkongsi pengetahuannya tentang masjid ini.
Selain dari itu, saya juga telah menjalankan soal selidik dan juga  temu bual kepada orang tertentu yang difikirkan dapat membantu saya dalam kajian ini. Bagi  kaedah soal selidik ini, saya telah menggunakan kaedah borang dan diberikan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk Kampung Balun Bidai yang berketurunan Banjar. Borang soal selidik ini diberikan kepada semua orang Banjar dari pelbagai lapisan umur serta taraf pendidikan dan pekerjaan yang berbeza. Tujuan saya mengedarkan borang soal selidik ini ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan mereka mengenai asal-usul pembinaan masjid ini yang dibina oleh nenek moyang mereka yang terdahulu.(Lihat lampiran 1) Secara tidak langsung, mereka akan memperoleh pengetahuan dan mengimbau kembali sejarah kedatangan nenek moyang mereka ke Tanah Melayu dan bagaimana masjid ini dibina.
Melalui kaedah kerja lapangan ini juga, saya telah mengadakan  temu bual dengan beberapa orang yang dirasakan boleh membantu saya dalam kerja lapangan ini seperti Ketua Kampung Balun Bidai, Ahli Jawatankuasa(AJK) masjid dan beberapa responden yang lain. Ia adalah bertujuan untuk mengetahui kesahihan maklumat kajian saya berdasarkan pengetahuan mereka mengenai masjid ini.  Kesemua maklumat yang dikumpulkan akan dinilai terlebih dahulu. Hanya maklumat yang benar-benar boleh dipercayai akan diterima untuk dimasukkan dalam kajian ini.         
      Kedua, saya juga telah menjalankan penyelidikan dengan merujuk dokumen yang berkaitan dengan kajian ini dalam usaha membina masjid Kampung Balun Bidai ini seperti mendapatkannya dari Pejabat Agama Daerah Kg Gajah, Perak. Dokumen-dokumen ini meliputi surat-surat lama serta mendapatkan peta lokasi masjid dari pihak jawatankuasa Masjid Al-Akram ini.
Akhir sekali, kaedah kajian yang telah digunakan ialah merujuk kepada buku-buku yang berkaitan dengan kajian ini. Melalui kaedah ini, penyelidikan saya turut disokong oleh bukti-bukti yang diperolehi dari buku-buku yang berkaitan. Buku-buku yang berkaitan didapati di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat tentang senibina masjid serta untuk mengetahui asal-usul keturunan Banjar yang dikatakan berasal dari Banjarmasin, Indonesia. Ini kerana pembinaan masjid ini adalah berkait rapat dengan kedatangan kaum Banjar ke Tanah Melayu pada abad ke -19.
Dengan kaedah kajian yang akan saya gunakan ini adalah diharapkan saya dapat memperoleh serba sedikit pengetahuan mengenai sejarah tempatan ini. Selain dari itu, sebagai seorang pelajar jurusan sejarah, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan sejarah masjid ini tidak hilang begitu sahaja. Apatah lagi, kajian sejarah secara ilmiah terhadap Masjid Al-Akram ini belum pernah dikaji oleh sesiapapun sebelum ini. Selain dari itu, sejarah masjid ini juga penting kepada penduduk penduduk kampung ini juga untuk mengetahui asal-usul mereka dan masjid ini.

Senibina Masjid
Senibina bermaksud penghasilan rekabentuk seni yang berkemampuan untuk menggerakkan jiwa setiap insan yang menghuninya manakala definisi bangunan pula lebih bercorak kepada ciri-ciri utilitarian iaitu yang tertakluk kepada fungsi semata-mata dan tidak menitikberatkan nilai estetika atau unsur keindahan. Dalam agama Islam, senibina yang terpenting dan terunggul adalah senibina masjid. Masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah s.a.w ialah dalam bentuk yang paling sederhana di Madinah. Ia kemudiannya berkembang dan meningkat dengan adanya bentuk mimbar, mihrab dan kubah. Apabila umat Islam bertemu dengan senibina asing seperti Rom dan Parsi, mereka mendapat ilham untuk meningkatkan mutu senibina dengan mencipta ciri-ciri khas senibina Islam seperti bentuk tiang, pintu gerbang, hiasan dan menara.[1]Ciri-ciri ini kemudiannya berkembang dan menjadi ikutan kepada pembinaan masjid-masjid yang terdapat di seluruh dunia. Ia kemudiannya menjadi ciri-ciri penting dalam masyarakat Islam apabila mendirikan masjid.
Walaupun tidak dapat dipastikan bilakah Masjid Al-Akram ini dibina tetapi tatacara pembinaan serta ciri-ciri senibina yang ditunjukkan pada masjid ini adalah klasik bagi senibina tradisonal Indonesia dari suku Banjar pada abad ke-19. Ciri-ciri tersebut dapat diperhatikan pada bahagian dinding, jenis bumbung bertingkat, empat tiang utama, ruang atap yang disambungkan hanya menggunakan pasak dan tiada paku digunakan.(Lihat lampiran 4) Ciri-ciri tradisional Indonesia atau lebih tepat lagi senibina


Banjar juga dapat dilihat pada struktur keseluruhan bangunan masjid ini. Walaupun bahagian yang berukir agak berkurangan dan  ukiran pada pepenjuru tiang-tiang utama walaupun ringkas tetapi amat unik serta sukar ditemui pada tiang-tiang seumpamanya pada binaan-binaan tradisional lama yang diperbuat dari kayu ulin.Islam. Salah satu bukti peninggalannnya adalah Masjid Sultan Suriansyah. Masjid ini terletak di Banjarmasin ini juga menggunakan kayu ulin sebagai tiang-tiang utama masjid.[1]


[1] Ahmad Basuni, Nur Islam di Kalimantan Selatan: Sejarah masuknya Islam di Kalimantan, Bina Ilmu, 1986, m.s.34.
3.1               Bumbung /Atap Bertingkat

IMG_0035
Pada dasarnya, struktur binaan yang klasik serta mengikut tradisi masjid lama di Banjarmasin dan masjid-masjid di Indonesia membuktikan bahawa ia dibina oleh orang-orang Banjar yang datang dari Banjarmasin, Indonesia. Oleh itu, tidak mungkin masjid ini dibina oleh orang-orang Melayu kerana selain dari mempunyai ciri-ciri masjid di Indonesia, penduduk kampung ini juga secara keseluruhannya adalah terdiri dari kesemuanya orang Banjar sahaja. Jika dilihat pada bumbung masjid ini, ia masih lagi mengekalkan corak atap bertingkat iaitu salah satu dari senibina masjid yang terdapat di




mengekalkan corak atap bertingkat iaitu salah satu dari senibina masjid yang terdapat di  Jila dilihat dari sudut arsitektur, masjid-masjid lama di Indonesia menunjukkan keistimewaan yang membezakan dengan dengan arsitektur masjid-masjid di negeri-negeri Islam yang lain. Keistimewaan gaya arsitektur itu dinyatakan oleh atapnya yang bertingkat dua, tiga dan lima.[1] Berstruktur persegi empat atau bujur sangkar dengan serambi di depan atau di tepi. Selain itu, bentuknya adalah pejal dan tinggi. Begitu juga dengan atap yang terdapat di masjid ini dimana atapnya walaupun telah ditukar kepada atap yang baru tetapi gaya bumbung lama masih lagi dikekalkan. Masjid ini masih lagi mengekalkan keistimewaannya sebagai masjid lama orang Banjar dengan atapnya yang bertingkat tiga.(Lihat lampiran 5)

3.2          Tiang Masjid
070120101114
Antara aspek lama yang masih kekal dalam masjid ini ialah dari segi tiang masjid. Masjid ini walaupun dibina di atas tanah dengan lantainya telah mengalami perubahan iaitu mempunyai lantai yang bersimen tetapi di dalam masjid ini terdapat empat batang tiang lama yang masih kekal sejak zaman awal pembinaannya dahulu. Keempat-empat tiang ini berada di tengah-tengah kawasan dalam masjid ini. Menurut Encik Zulkifliamin Haji Taha, Ketua Kampung Balun Bidai ini, setiap tiang itu dibina sebagai mewakili suku-suku yang terdapat dalam masyarakat Banjar itu sendiri seperti Banjar Kuala dan Banjar Alai.[2]
Tiang utama ini diperbuat dari kayu yang lurus dan panjangnya adalah 15 meter. Jika dilihat secara teliti, empat tiang utama yang terdapat di dalam masjid ini diperbuat dari jenis kayu yang tahan lama. Melalui kajian yang dijalankan, saya mendapati bahawa  kayu yang digunakan sebagai tiang utama ialah diperbuat dari kayu ulin. Kayu ulin atau kayu besi iaitu kayu khas dari Kalimantan yang mempunyai tekstur padat dan keras. Kayu ini merupakan bahan bangunan yang banyak digunakan dalam pembinaan masjid tradisional 
Kayu ulin merupakan jenis kayu yang tak mudah lapuk baik di dalam air maupun di darat. Namun begitu, kayu ulin kini sukar untuk diperolehi dan harganya semakin mahal. Di beberapa daerah di Indonesia, kayu ulin dilarang untuk dikomersialkan. Kayu yang terkenal kerana kekuatannya adalah kayu-kayu yang usianya ratusan tahun yang diambil dari habitat aslinya di hutan. Berdasarkan catatan, kayu ulin merupakan salah satu jenis kayu hutan tropika basah yang tumbuh secara semulajadi di wilayah Sumatera selatan dan Kalimantan. Pohon ulin termasuk jenis pohon besar yang tingginya dapat mencapai 50 m dengan diameter sampai 120 cm, tumbuh pada dataran rendah sampai ketinggian 400 m. Kayu ulin banyak digunakan sebagai konstruksi bangunan berupa tiang bangunan, atap kayu, papan lantai, bahan untuk bangunan jambatan, landasan kereta api dan kegunaan lainnya.
Kayu ulin yang digunakan sebagai tiang utama masjid ini masih lagi kekal utuh berdiri di dalam masjid ini. Tiang kayu  ini menjadi simbol kepada kewujudan masjid ini yang dipercayai  melebihi seratus tahun pembinaannya sebagai tempat beribadat orang-orang Banjar di sini. Untuk itu, tiang ini masih lagi tegap dan dijaga dengan baik walaupun terdapat sebatang tiang yang berlubang tetapi tidaklah reput. Jika dilihat secara dekat tiang ini adalah diperbuat dari kayu yang berat dan tahan lama.(Lihat lampiran 6) Malah, untuk menjaga tiang ini supaya kelihatan cantik dan menarik, maka tiang ini telah dicat tetapi ciri-ciri lama itu masih lagi dikekalkan. Oleh itu, secara tidak langsung, tiang-tiang utama yang terdapat di masjid ini mempunyai persamaan dengan masjid-masjid lama yang terdapat di Indonesia seperti masjid al Mujahiddin di Bengkulu.
Mengikut sejarah Bengkulu, masjid al Mujahiddin yang terletak di kota Bengkulu merupakan salah satu masjid lama bersejarah yang didirikan sekitar tahun 1850-an. Bentuk asli masjid ini sangat sederhana dan keseluruhannya dibuat dari bahan kayu.[3] Antara sisa-sisa sejarah yang masih kekal terdapat di masjid ini ialah empat batang tiangnya yang diperbuat dari kayu ulin.[4] Selain itu kayu ulin juga digunakan sebagai dinding pada masjid Jami Hasanuddin yang dibina secara gotong-royong oleh seluruh kaum muslimin Kutai pada tahun 1897.[5]
Persamaan penggunaan kayu ulin sebagai tiang utama masjid juga semestinya berkait rapat dengan sejarah Banjarmasin yang tidak boleh dipisahkan dari Sultan Suriansyah, raja pertama kerajaan Banjar. Sultan Suriansyah merupakan raja Kerajaan Banjar pertama yang memeluk agama Islam. 

3.3       Dinding Tanah Liat




070120101111
IMG_0044
            Selain itu, terdapat ciri lama yang masih lagi kekal pada masjid ini. Merujuk kepada gambar di atas, jika dilihat dengan teliti beberapa bahagian dinding yang terdapat di dalam masjid ini terutama yang berhampiran dengan mimbar masjid masih lagi kekal dengan ciri lama iaitu menggunakan tanah liat bagi menggantikan simen. Batu bata tanah liat boleh dikelaskan sebagai bahan binaan yang lasak.
Di Malaysia, terdapat banyak contoh kerja bata yang baik yang berusia beratus-ratus tahun dan masih bertahan hingga ke hari ini. Satu perkara menarik mengenai batu bata tanah liat ialah saiznya yang tidak banyak berubah sejak dahulu lagi. Perubahan terbesarnya mungkin pada tebalnya dan ini dikawal oleh berat batu bata dimana beratnya hendaklah cukup ringan untuk dipegang dan dikelola oleh satu tangan. Oleh itu lebarnya kekal antara 100mm hingga 125mm dan panjangnya 150mm hingga 155mm. Namun ketebalan batu bata berubah-ubah iaitu antara 50mm hingga 80mm. Oleh itu masjid ini terasa agak sejuk walaupun pada waktu tengahari. Namun, untuk kelihatan lebih menarik dindingnya telah dicat dengan warna kuning tetapi tanah liat itu masih kekal di situ.(Lihat lampiran 7)
3.4       Beduk/Tabuh
IMG_0036
070120101145
Geduk atau istilah lain disebut sebagai beduk atau tabuh dijadikan alat utama pihak pengurusan masjid memanggil jemaah bersembahyang dengan cara memukul pada kulit belulang. Jarak yang dapat didengar apabila dipalu dengan pemukul adalah sejauh satu kilometer persegi. Bunyi yang dihasilkan daripada beduk ini adalah pantulan




daripada belulang sejenis kulit haiwan yang dikeringkan selama beberapa hari sebelum dimasukkan pada bahagian mulut tong yang besar. Tidak dapat diketahui adakah beduk ini adalah beduk yang asal kerana dari kerja lapangan yang dijalankan tiada siapa pun dari penduduk kampung ini yang mengetahui bilakah beduk ini terdapat di masjid ini. Kebanyakan mereka mengatakan bahawa beduk ini telah pun wujud sejak dahulu lagi dan belum pernah ditukar kepada beduk yang lain.
Beduk atau tabuh masih lagi digunakan di masjid ini pada hari-hari tertentu sahaja. Beduk akan dipalu pada bulan Ramadhan sebagai tanda masuknya waktu berbuka puasa bagi kawasan setempat. Selain dari itu, beduk juga masih lagi digunakan setiap hari Jumaat sahaja sebagai tanda mengajak penduduk kampung menunaikan solat Jumaat. Jika berlaku kematian beduk ini dipalu atau dipukul dengan mengunakan kod-kod yang sedia difahami oleh orang kampung.(Lihat lampiran 8)




3.5       Kerantong





IMG_0039
070120101109
Kerantong merupakan sejenis alat idiofon yang mempunyai peranan yang suci bagi masyarakat Islam di Malaysia, khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman dan desa. Diperbuat daripada jenis kayu yang terpilih, lazimnya dari spesis 'nangka' dan berbentuk memanjang. Pada permukaannya, ditebukkan lubang khas yang berfungsi sebagai lubang suara ataupun gema. Terdapat dua fungsi lubang kerantong iaitu pertama untuk menyimpan kayu pemukul kerantong dan kedua untuk di goncang kayu pemukul di dalam lubang kayu tersebut lalu mengeluarkan bunyi permulaan yang agak perlahan sahaja. Lepas itu barulah kayu pemukul yang diperbuat daripada kayu yang keras itu di pukul pada badan kerantong tersebut. Pukulan di badan kerantong ini menghasilkan bunyi yang kuat dan boleh didengar oleh hampir keseluruhan penduduk kampung. Kerantong di Masjid Al-Akram ini digantung pada anjung masjid berhampiran dengan kolah tempat mengambil wuduk. Ia dipalu sebagai menandakan masuknya waktu-waktu untuk bersolat dan diikuti dengan laungan azan. Ianya merupakan alat asli bagi orang-orang Melayu di Nusantara.
Kegunaan kerantong di Masjid Al-Akram ini hanyalah satu iaitu hanya dipalu sebagai tanda masuknya waktu solat lima waktu bagi orang Islam.(Lihat lampiran 9). Ini kerana bagi urusan lain seperti berbuka puasa, hari raya dan jika berlakunya kematian kerantong ini tidak digunakan. Sebaliknya AJK masjid ini memilih untuk menggunakan beduk atau tabuh bagi menandakan berlakunya peristiwa selain dari masuknya waktu solat.
Ini bermakna masjid ini masih lagi mengekalkan cara tradisional dalam pengurusannya kerana kebanyakan masjid pada hari ini tidak lagi menggunakan tabuh terutama penduduk Kampung Balun Bidai itu sendiri. Ia diimarahkan baik pada ibadat atau kerantung. Sebaliknya masjid-masjid yang lebih baru penubuhannya hanya menggunakan pembesar suara sebagai tanda masuknya waktu solat malah di sesetengah masjid, beduk dan kerantong ini sudah tidak kelihatan lagi.













BAB 4
Fungsi Masjid
4.1              Fungsi Masjid Al-Akram
Masjid merupakan tempat yang paling banyak dikumandangkan nama Allah melalui azan, qamat, tasbih, tahlil, istigfar dan ucapan lain yang dibaca di masjid sebagai sebahagian dari lafaz yang berkaitan dengan pengagungan kepada Allah.[1] Kalau dikaji dari segi bentuk fizikal masjid pada zaman Rasulullah, ternyata sifatnya tidak seperti sifat masjid yang dibina di negeri umat Islam pada masa kini. Pada zaman itu, masjid didirikan daripada pelepah tamar dan atapnya daripada daun kurma dan apabila sujud, debu melekat pada dahi. Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, langkah pertama yang baginda lakukan ialah membina masjid. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah ialah Masjid Quba. Masjid ini didirikan secara bergotong-royong di atas sebidang tanah kepunyaan dua anak yatim. Keadaan masjid itu sangat sederhana, dikelilingi tembok batu bata yang diperbuat daripada tanah liat dan berlantaikan pasir.[2]
Masjid tidak dilihat dari segi fungsinya yang khusus saja, malah dari segi pembangunan dan perkembangan ummah seperti yang pernah dilakukan pada zaman Rasulullah dan sahabat. Namun begitu, akibat perkembangan negara-negara Islam dan kelainan corak dan sistem kepimpinan Islam dalam zaman-zaman yang kemudiannya, maka fungsi masjid pada zaman Rasulullah s.a.w. tidak lagi berlaku sepenuhnya. Ia lebih tertumpu sebagai tempat ibadat sembahyang, tempat mengaji dan tempat melaksanakan beberapa aktiviti kemasyarakatan yang sangat terbatas.
Di Masjid al-Akram, fungsi utama masjid ini juga adalah sebagai tempat untuk kaum muslimin beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah. Dalam erti kata yang lain, masjid ini berfungsi sebagai tempat untuk penduduk kampung ini menunaikan rukun Islam yang kedua iaitu bersembahyang. Di masjid ini, penduduk Kampung Balun Bidai bersama-sama menunaikan sembahyang berjemaah. Selain dari digunakan sebagai tempat sembahyang berjemaah lima waktu, masjid ini juga digunakan sebagai tempat penduduk kampung untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Wajah masjid ini pada umumnya, bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pentadbirnya. Sumbangan yang aktif dan kreatif daripada pentadbir serta sokongan padu daripada masyarkat kampung menjadikan aktiviti yang dijalankan dapat memakmurkan masjid tersebut. Dapat dikatakan bahawa fungsi dan penampilan masjid ini walaupun mempunyai ciri-ciri tradisional Indonesia menjadi satu pengukur yang dapat menaikkan imej masyarakat di sekelilingnya.
Selain digunakan sebagai tempat untuk penduduk kampung ini beribadat, masjid ini juga digunakan sebagai tempat untuk pengajian fardhu ain dan mempelajari ilmu agama. Masjid ini juga berfungsi sebagai tempat kegiatan masyarakat Islam setempat yang khusus mahupun pada kerja-kerja kebajikan.





Kesimpulan
Berdasarkan kajian yang saya lakukan, saya mendapati bahawa Masjid Al-Akram ini mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Ia berbeza dengan masjid yang didirikan oleh masyarakat Melayu pada masa kini. Ini kerana disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya, kewujudan dan pembinaan masjid ini mempunyai identiti masyarakat di sekitarnya iaitu masyarakat Banjar. Asas pembinaan masjid ini juga melambangkan pertapakan awal masyarakat Banjar di kawasan ini di Tanah Melayu sekitar abad ke 19. Namun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihannya mengenai tarikh kedatangan mereka yang sebenar di kawasan ini dan sehingga membuka kawasan petempatan yang dikenali sebagai Kampung Balun Bidai. Namun begitu, pada akhir abad ke 19 berlaku migrasi orang Banjar secara besar-besaran ke pulau Sumatera yang kemudian berhijrah ke Tanah Melayu. Di Perak, penempatan awal masyarakat Banjar pada abad ke-19 adalah di daerah Kerian serta di Sungai Manik, Teluk Intan. Memandangkan Sungai Manik adalah hanya 25km dari kampung Balun Bidai, tidak mustahil masyarakat Banjar yang menetap di sini adalah kumpulan yang datang pada abad ke-19 itu.
 Rata-rata penduduknya terdiri daripada masyarakat Banjar. Ini merupakan keistimewaan kampung ini. Tambahan pula, kebanyakan penduduk di sini mempunyai pertalian darah kerana berasal daripada rumpun yang sama. Uniknya mereka ini masih lagi pandai berkomunikasi sesama mereka dalam bahasa banjar malah terus digunakan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
Aspek reka bentuk Masjid Al-Akram yang didirikan oleh masyarakat Banjar di Kampung Balun Bidai ini juga dilihat mempunyai persamaan dengan masjid-masjid lama yang terdapat di Indonesia seperti masjid al Mujahiddin di Bengkulu. Mengikut sejarah Bengkulu, masjid al Mujahiddin yang terletak di kota Bengkulu merupakan salah satu masjid lama bersejarah yang didirikan sekitar tahun 1850-an. Tambahan pula, aspek senibina masjid ini juga turut diterapkan dengan senibina masyarakat Banjar yang asal usulnya daripada Banjarmasin, Indonesia. Misalnya, atapnya yang bertingkat tiga yang turut terdapat pada masjid di Indonesia di sekitar abad ke-19.
Selain itu, istimewanya masjid ini, adalah daripada aspek seni rekanya. Rekaan dalaman masjid ini agak berbeza dengan masjid yang wujud pada hari ini kerana di tengah-tengahnya terdapat empat tiang utama. Setiap tiang pula dikatakan mewakili suku kaum dalam masyarakat Banjar itu sendiri. Ia memberi nilai yang amat bermakna kepada orang yang mendirikannya iaitu masyarakat Banjar itu sendiri. Ia sesuai dengan nilai dalam diri setiap individu yang berketurunan Banjar ini iaitu sentiasa bekerjasama dalam sesuatu perkara. Inilah keistimewaan masjid ini yang dibina atas dasar kemuafakatan. Dalam kajian dan temubual saya kepada beberapa orang responden, saya turut dimaklumkan bahawa paku langsung tidak digunakan semasa membina masjid ini. Sebaliknya hanya menggunakan pasak sahaja. Jadi, ciri ini juga menunjukkan masjid ini sudah lama wujud kerana ciri-ciri tradisional ini hanya terdapat sekitar abad ke 19 sahaja.
Dalam kajian saya, semasa  membina masjid ini, bahan-bahan seperti kayu untuk dijadikan tiang utama dalam masjid ini telah dibawa khas oleh masyarakat Banjar ini daripada tempat asal mereka iaitu Banjarmasin, Indonesia. Buktinya, kayu ini dikenali sebagai kayu ulin hanya tumbuh di kawasan hutan yang terdapat di Kalimantan dan wilayah Sumatera Selatan sahaja. Ini menunjukkan bahawa, walaupun kaum Banjar ini berhijrah ke Tanah Melayu, mereka masih lagi mengekalkan warisan dan tempat asal usul mereka walau di mana mereka berada. Hal ini disebabkan mereka ingin mengingati dan mengekalkan sejarah  salasilah keturunan mereka yang perlu dipertahankan oleh generasi muda yang akan datang.
 Masyarakat ini juga turut membawa kepada kepakaran mereka dalam membina masjid iaitu menggunakan sumber tanah liat untuk membina dinding masjid. Sedangkan ketika itu, kebanyakan rumah dibina dengan menggunakan kayu. Penggunaan batu bata tanah liat boleh dikelaskan sebagai bahan binaan yang lasak dan tahan beratus-ratus tahun. Rasionalnya penggunaan batu bata tanah liat ini adalah untuk menyejukkan ruang di dalam masjid kerana sifat tanah liat untuk memerangkap haba pada waktu siang dan membebaskan haba pada waktu malam.
Jika dilihat tujuan pembinaan Masjid Al-Akram ini adalah untuk dijadikan tempat beribadat bagi masyarakat Banjar yang rata-ratanya beragama Islam. Ini membuktikan bahawa masyarakat Banjar ini sangat unik sejajar ciri yang ada dalam diri mereka iaitu teguh beragama dan kuat beribadat kepada Tuhan. Oleh itu, dengan kedatangan mereka secara tidak langsung turut membawa pengaruh Islam kepada masyarakat setempat di kawasan ini. Daripada kajian lapangan saya, kedatangan Islam ke kawasan ini bermula dengan kedatangan masyarakat Banjar yang datang ke kawasan ini dan seterusnya membuka kawasan petempatan. Ketika itu, kawasan ini tidak mempunyai penghuni lagi. Oleh itu, kedatangan mereka ini turut membawa perubahan yang besar terhadap kawasan ini.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa Masjid Al-Akram merupakan sebuah masjid yang telah dibina pada sekitar tahun 1890-an. Namun, tarikh sebenar pembinaannya tidak dapat dibuktikan dengan tepat. Ini kerana, kedatangan beramai-ramai masyarakat banjar ke Tanah Melayu terutamanya di Perak berlaku pada akhir abad ke-19. Oleh itu, sebagai kaum condong ke arah perkara-perkara berkaitan agama, masjid merupakan satu keperluan utama bagi mereka. Jadi, pembukaan Kampung Balun Bidai ini berjalan seiring dengan pembinaan masjid ini.
Selain dari itu, bukti menunjukkan kayu ulin tumbuh secara semulajadi di Selatan Sumatera dan Kalimantan iaitu penempatan masyarakat Banjar di Indonesia. Apatah lagi, kayu ulin merupakan kayu yang tahan lama sehingga mencecah dua ratus tahun. Oleh itu, setelah kajian dijalankan dan mendapati bahawa kayu ulin digunakan sebagai tiang utama dalam masjid ini, bermakna masjid ini telah lama di bina. Melihat kepada kayu ulin di masjid ini, dipercayai kayu itu telah mencecah lebih dari seratus tahun.
Sebagai seorang pencinta sejarah, saya merasakan masjid ini amat penting kepada masyarakat Banjar di kawasan ini kerana ia menjadi simbol kepada kedatangan mereka ke Tanah Melayu. Malah, masjid ini mesti terus dijaga agar keasliannya terus terpelihara agar keasliannya dapat dinikmati dan dihargai bukan sahaja di kalangan orang Banjar tetapi semua pencinta sejarah.
Namun begitu, masjid ini akan terus dipinggirkan dan terbiar  oleh arus pemodenan sekiranya tiada pihak yang berusaha untuk meneroka nilai-nilai sejarah yang terdapat di dalamnya. Walaupun monumen ini kecil dan kurang diketahui umum, namun nilai sejarahnya amat besar jika dapat dikaji. Dengan adanya bukti dan penemuan kukuh, monumen ini akan terus terpelihara dan keunikannya terus dapat dikekalkan untuk menjadi bahan peninggalan sejarah kepada masyarakat Banjar dan negara asas yang telah dipelajari melalui pembacaan dan penyelidikan.
BAB 2
Isi Kandungan
2.1               Lokasi
Masjid ini terletak di Kampung Balun Bidai dan kira-kira 4km dari jalan utama. Ia berada dalam daerah Perak Tengah, Perak dan pekan yang terhampir dengannya ialah pekan Kampong Gajah iaitu kira-kira 10km. Daerah Perak Tengah adalah bersempadan dengan daerah Hilir Perak di mana dalam daerah Hilir Perak terdapat sebuah kawasan penempatan awal orang Banjar di negeri Perak iaitu Sungai Manik. Jarak Sungai Manik dari Kampung Balun Bidai ini ialah 25 kilometer.
Luas kawasan Masjid al-Akram ialah kira-kira 4000 meter persegi sementara masjid itu sendiri didirikan pada keluasan 30m x 25meter persegi. Masjid ini didirikan hampir di hujung Kampung Balun Bidai. Semua penduduk kampung ini masih menggunakan masjid ini bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Pada setiap hari Jumaat, dianggarkan seramain 100 hingga 200 orang Islam datang menunaikan fardhu Jumaat di masjid ini. Hampir kesemuanya adalah penduduk kampung ini yang berketurunan Banjar.
Dalam kajian sejarah tempatan ini, saya telah menggunakan sumber kedua. Ia adalah berdasarkan tinjauan awal yang saya peroleh daripada orang persendirian yang telah memberikan gambaran awal tentang penubuhan masjid ini. Selain itu, terdapat juga catatan harian masjid ini yang turut membuat catatan dan mengemukakan kertas cadangan untuk membaiki masjid ini. Walau bagaimanapun, Masjid Al-Akram ini tidak pernah dibuat kajian secara ilmiah oleh mana-mana pihak sebelum ini. Oleh yang demikian, saya juga akan menggunakan sumber lisan iaitu secara temubual dengan orang-orang yang mengetahui tentang masjid ini. Di samping itu juga, saya akan merujuk kepada Pejabat Agama yang berdekatan serta membaca buku di perpustakaan yang berkaitan dengan masjid kaum Banjar dan memahami asal-usul kedatangan mereka ke Tanah Melayu.



[1] Muhammad E.Ayub, Manajemen masjid, Gema Insani, 1996,m.s.7.
[2] Ahmad Shalaby,Muhammad Labib Ahmad, Perbandingan agama:Agama Islam, Pustaka National, 2001, m.s. 77.


[1] Marwati Djoened Poesponegoro, Nugroho Notosusanto,Sejarah National Indonesia III:Zaman Pertumbuhan dan Perkembangan Kerajaan Islam di Indonesia, PT Balai Pustaka, 1992,m.s.322.
[2] Zulkifliamin Haji Taha, op.cit.
[3] Abdul Baqir Zein, Masjid-masjid bersejarah di Indonesia,Gema Insani, 1999,m.s.122.
[4] Ibid.,m.s.124.
[5] Ibid.,m.s.324.



[1] Mustafa Haji Daud, Tamadun Islam,Utusan Publications Sdn.Bhd, 1999,m.s.122.



[1] Amat Hamzah, 15 November 2009.
[2] Deni Prasetyo, Mengenai Kerajaan-kerajaan Nusantara,Yogyakarta: Pustaka Widyatama, 2009,  m.s.80.
[3] Zulkifliamin Haji Taha, 30 Ogos 2009.
[4] Mahmud Junus, Tafsir al-Quran al Karim, Indonesia: Bandung Djakarta, 1951,m.s.171.
[5] Alfani Daud,Islam dan Masyarakat Banjar:Deskripsi dan Analisa Kebudayaan Banjar,Jakarta:Rajawali Press, 1997,m.s.85.
Duduk dari kiri :

Encik Arshad (bilal), En.Abdullah (siak), En.Mohd Said (Imam), Ustaz Amat (Imam), En.Baharuddin (siak) dan En.Alias (bilal)